Penantian juara OIAM ke-3 Akhirnya terjawab apabila Tomok diumumkan sebagai juara OIAM musim ini. Tomok merupakan peserta lelaki pertama dan juga yang bergelar artis memenangi pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada Tomok dan syabas kepada Easther dan Aweera kerana memberikan persembahan yang sangat baik dan menghiburkan.
Pengumuman pada peringkat awal hampir menyaksikan Tomok disingkirkan namun beliau terselamat apabila 90% rakyat Malaysia mengundi supaya ketiga-tiga peserta diberikan peluang untuk bertanding.
Undian pada peringkat awal didahului oleh Easther diikuti Aweera dan Tomok. Pada peringkat pertama persembahan undian yang semakin rancak dan berubah-ubah menyaksikan Aweera di kedudukan paling atas diikuti Easther dan Tomok.
Pada permulaan pusingan kedua persembahan menyaksikan undian Easther pada kedudukan paling atas. Persaingan undian yang sengit ini membuatkan penyokong dan rakyat Malaysia gemuruh dan tertanya-tanya apatah lagi apabila diumumkan bahawa undian antara Easther dan Tomok mempunyai perbezaan yang amat sedikit.
Apabila keputusan muktamad diumumkan, dewan digamatkan dengan jeritan gemuruh penonton.
Komen daripada Juri (Syafinaz dan Paul Moss) menunjukkan bahawa peserta OIAM pada musim ini mempunyai kualiti yang tersendiri. Easther, walaupun tidak menjuarai pertandingan pada musim ini nyata mempunyai bakat, suara dan personaliti yang sangat hebat dan berkualiti setanding dangan artis-artis profesional. Bakat yang Easther miliki ternyata bernilai jauh lebih besar dari satu juta ringgit. Ning Baizura kelihatan menyapa Easther selepas pertandingan tersebut. Adakah Easther akan bernaung di bawah Ning Baizura? sama-sama kita fikirkan.
By: Mr. Kot